Artikel

Kejatuhan Kriptowang Mengakibatkan Kehilangan Lebih $1 Trilion Nilai Pasaran

Minggu ini melihat pasaran kriptowang mengalami kejatuhan, membuatkan Bitcoin mencapai nilai terendah sejak daripada bulan Julai 2021 lepas. Hal ini turut memberikan kesan terhad kriptowang lain yang turut memperlihatkan kejatuhan.

Hal ini sekaligus memberikan kesan pada nilai pasaran kriptowang secara keseluruhan. Pernah mencapai nilai pasaran $3 trilion, pada hari ini, nilai pasaran kriptowang berjumlah $1.8 trilion sahaja secara keseluruhan.

Dagangan kriptowang sendiri sangat berisiko tinggi, dan tidak stabil berbanding beberapa pelaburan lain. Ada yang berjaya menjana pendapatan, dan begitu juga sebaliknya.

Buat masa ini, sejumlah negara telah mula mengambil langkah berhati-hati dalam melindungi rakyat mereka menjadi mangsa kerugian Bitcoin, termasuk Singapura yang telah mula mengharamkan pengiklanan kriptowang kepada umum.