Artikel

Singapura Menghalang Pengiklanan Perkhidmatan Berkaitan Kriptowang

Pihak berkuasa Singapura, hari ini telah mengeluarkan notis, mengarahkan semua platform berkaitan “Token Pembayaran Digital” untuk berhenti memasarkan perkhidmatan mereka kepada pengguna awam di Singapura.

Singapura mengatakan mereka sedia memberi amaran yang mana dagangan platform berkaitan kriptowang dan token ini sangat berisiko tinggi dan tidak sesuai untuk orang awam.

Notis ini dikeluarkan memandangkan terdapat beberapa platform yang memasarkan produk mereka melalui beberapa platform dan kaedah – sama ada secara fizikal, mahupun atas-talian.

Dengan langkah ini, Singapura turut menghalang platform berkaitan kriptowang untuk menggunakan pemengaruh dalam promosi, selain turut melalui platform sosial, laman umum, dan sebagainya.