Artikel

1337 Ventures Melancarkan Dana Pelaburan Baharu Berjumlah RM1.2 Juta

1337 Ventures merupakan salah satu syarikat tempatan yang terlibat dengan pelaburan, pembangunan startup dan juga latihan berkaitan. Terbaru, hari ini mereka memulakan tahun 2022 dengan mengumumkan dana pelaburan baharu berjumlah RM1.2 juta.

Melalui dana pelaburan baharu ini, 1337 Ventures menyasarkan untuk melabur pada startup di Malaysia, tanpa mengira industri. Untuk tahun ini, 1337 Ventures menyasarkan untuk melabur pada sekitar 8 syarikat, dengan dana pelaburan berjumlah maksimum RM150,000 setiap satu.

1337 Ventures sendiri sedia mempunyai sejumlah syarikat dibawah portfolio pelaburan mereka, termasuk antaranya adalah ParkEasy, Kapitani, ArusOil, Finory dan juga Vircle.

Selain itu, 1337 Ventures juga akan meneruskan program Alpha Startups Accelerator, yang menawarkan program pemecut dalam melatih dan membangunkan startup pada peringkat awal. Sebelum ini, beberapa startup telah hadir daripada program berkenaan, dan paling terbaru adalah Cikguu – yang turut menerima pelaburan bersama daripada Amanz.