Artikel

Startup Edtech, “Cikguu” Menerima Suntikan Dana RM50k Daripada 1337 Ventures Dan Amanz

Cikguu, salah satu startup memfokuskan kepada pendidikan kini telah menerima suntikan dana berjumlah RM50,000 daripada 1337 Ventures dan juga Amanz.

Cikguu beroperasi sebagai pusat sehenti yang menemukan para pelajar dan pendidik – sekaligus memudahkan tempahan untuk pembelajaran. Buat masa ini, ia ditawarkan secara terhad, dan menerima pendaftaran cikgu melaluinya.

Cikguu diasaskan oleh Aziz Iskandar, berusia 19-tahun. Cikguu dibangunkan bersama kawan rapat Arif Ikmal, dan telah dibangunkan sekitar 2 tahun sambil bekerja.

Cikguu

Bercakap mengenai pelaburan baharu ini, 1337 Ventures mengatakan kisah disebalik Cikguu adalah sebab mengapa program membentuk startup diteruskan oleh mereka. Sementara Amanz pula mengatakan pelaburan ini selari dengan visi mereka dalam “Membentuk Komuniti Berinformasi”.

Ini adalah pelaburan kedua yang dilakukan bersama oleh 1337 Ventures dan Amanz. Sebelum ini, kedua-dua pihak juga telah melakukan pelaburan bersama pada Arus Oil yang memfokuskan kepada penggunaan semula minyak terpakai.