Artikel

BNM Bakal Tingkatkan Paras OPR Kepada 2.00%, Mulai Julai 2022

OPR, Kadar Dasar Semalaman negara dijangka kekal rendah pada 1.75% sehingga akhir Jun 2022.

Melalui tinjauan pemerhatian Reuters ke atas 23 ahli ekonomi Malaysia, tindakan kenaikan semula kadar faedah itu hanya akan dilaksanakan pada suku ketiga, iaitu Julai 2022. Seperti yang umum ketahui, dijangka pada 19 Januari atau 20 Januari ini Bank Negara Malaysia (BNM) akan memaklumkan paras OPR baharu kepada semua pihak.

Berdasarkan tinjauan, pengamal ekonomi menyasarkan kenaikan faedah pada suku ketiga sekitar 25 mata mencapai paras 2.00%. Ini tidak bersifat untuk memberi tekanan tetapi lebih kepada ingin meningkatkan kestabilan pertumbuhan Malaysia.

Apa Akan Jadi Sekiranya Paras OPR Naik?

Kenaikan kadar OPR ia meliputi 2 kesan terhadap individu peminjam iaitu pertama – tempoh pembayaran menjadi lebih panjang dan kedua – kadar pembayaran semakin tinggi.

Tindakan itu sememangnya tidak memberi pengguna pilihan yang baik.

Bagaimanapun kenaikan pada kadar OPR adalah menunjukkan langkah bank pusat dalam menyeimbangkan semula pertumbuhan ekonomi negara. Di mana meningkatkan kadar OPR, perbelanjaan aliran tunai negara semakin perlahan dan ia secara terus dapat meningkatkan simpanan negara. Itu apa yang akan berlaku apabila OPR dinaikkan semula.

Sementara penurunan OPR pula sedikit sebanyak mampu meningkatkan semula aliran tunai perbelanjaan rakyat negara. Kadar faedah yang lebih rendah pada pinjaman sewa beli, peribadi mahupun kad kredit mampu mengurangkan bebanan rakyat.

Ia secara terus dapat merangsang semula ekonomi negara.


Setakat ini jangkaan pengekalan paras faedah rendah ini, disebabkan aliran ekonomi negara yang masih perlahan dan memerlukan sedikit masa untuk menyeimbangkan pemulihannya.

Seperti yang umum sedari, ketika ini negara sedang berdepan paras inflasi 3.3% dan pertumbuhan KDNK pula masih lagi kekal perlahan.