Artikel

TNB Bersama UPM, Laksana Pemasangan Sistem Solar Terbesar IPTA

TNB, Tenaga Nasional Berhad bersama insitusi pendidikan tempatan Universiti Putra Malaysia kini mengatur langkah melaksanakan pemasangan sistem solar PV terbesar di peringkat IPTA.

Usaha di bawah GSPARX, anak syarikat TNB ini secara langsung selari dengan agenda kelestarian yang diketengahkan Insitusi Pengajian Tinggi Awam negara.

Penetapan pemasangan sistem solar di 16 tapak di bawah Perjanjian Bekalan Tenaga Boleh Diperbaharui (SARE), TNB-UPM tidak hanya menggalas tanggungjawab alam sekitar, tetapi turut memenuhi gagasan negara mencapai pengurangan pelepasan karbon menjelang 2050 kelak.

Usaha ini secara terus akan menjadi cerminan baik buat peneraju institusi pendidikan tempatan lain dalam memacu kesejahteraan tenaga. Buat pengetahuan umum, data sehingga Oktober 2021 memaparkan isu perubahan iklim negara berupaya membawa kerugian kepada segmen pertanian negara hampir RM150 juta.

Ia tidak merangkumi keseluruhan sektor yang bakal terkesan jika usaha kelestarian ini tidak diperkasakan dengan lebih pantas.