Artikel

Kadar Inflasi Malaysia 2022, Dijangka Kekal Tinggi Paras 3%

Fitch Solutions, agensi penarafan antarabangsa ketika ini melihat Malaysia akan terus berdepan paras inflasi ditakut 3%, menjelang akhir 2022.

Meskipun tekanan itu masih tinggi, pertumbuhan pada aliran perbelanjaan pengguna negara dijangka akan bertambah baik dengan kenaikan 5.1%. Itu bermakna aliran pertumbuhan negara akan beransur rancak dengan sasaran RM768.1 bilion bagi 2022.

Jangkaan ini susulan pembukaan ekonomi yang semakin meluas, mula diperlihatkan. Untuk makluman pembaca ekonomi Malaysia pada tahun ini dijangka berkembang sekitar 5.5%. Walaupun masih perlahan tetapi peralihan sentimen positif ini akan membantu ekonomi negara menampung semula kerugian yang dialami selama 2 tahun.

Antara lain yang turut akan membantu ekonomi negara adalah pengurangan kadar pengangguran pada purata 3.9% bagi sepanjang 2022. Pembukaan peluang pekerjaan dan penyertaan pelaburan baharu akan meningkatkan pemulihan Malaysia.

Akan tetapi, Fitch memaklumkan selain kadar inflasi, tekanan lonjakan kredit membabitkan hutang isi rumah juga perlu diperhatikan. Ini akan memberi ancaman kepada ekonomi negara untuk tingkatkan semula kesejahteraan kewangan.

Setakat April 2021, 93.3% peningkatan hutang isi rumah dicatatkan daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).