Artikel

Paras Hutang Isi Rumah KDNK Kini Cecah 93.3% – Tahap Tertinggi Setakat Ini

Hutang adalah isu yang cukup mengerunkan semua pihak – namun ia sukar diatasi apabila segala komitmen dan pendapatan dibatasi dengan masalah krisis ekonomi dunia. Ini meliputi kadar hutang isi rumah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Sekiranya November 2020 – kadar hutang isi rumah Malaysia mencatatkan paras 87.5% kini ia telah meningkat kepada 93.3%.

Antara faktor yang mendorong peningkatan ini adalah tanggungan berhubung pinjaman kredit kad, perumahan dan kenderaan.

Ini telah digariskan pada data statistik negara – di mana isi rumah tidak memiliki sebarang pilihan untuk menyelesaikan permasalahan tersebut.

Malah penglibatan bank digital serta penawaran ciri Beli Dahulu Bayar Kemudian (BNPL) dilihat sekadar menggalakkan lagi kadar hutang negara. Pemahaman berhubung penggunaan ciri seharusnya diberi penekanan yang tinggi pada rakyat negara.

Ia adalah tanggungjawab semua pihak institusi kewangan negara, tidak hanya peringatan dari Bank Negara Malaysia (BNM) sahaja.

Permasalahan ini akan semakin meruncing apabila Malaysia memasuki gelombang keempat COVID-19 – di mana Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk seri Mustapa Mohamed pernah menzahirkan kenyataan bahawa negara terpaksa melakukan pinjaman suntikan dana untuk membantu pertumbuhan sosio-ekonomi negara.

Kenyataan itu merangkumi peningkatan defisit telah mencatatkan lebih 6% berbanding 3.2% dari KDNK. Oleh itu, pengekangan peningkatan hutang isi rumah ini perlu di atasi untuk mencapai pemulihan ekonomi Malaysia.