Artikel

Sekiranya Malaysia Memasuki Gelombang Keempat COVID-19, Pinjaman Dana Perlu Dilakukan

Seandainya penularan pandemik COVID-19 negara memasuki gelombang keempat, maka Malaysia perlu melaksanakan suntikan dana pinjaman bagi membantu pertumbuhan sosio-ekonomi.

Perkara itu telah dijelaskan oleh Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) pada laporan Berita Harian berkenaan tindakan yang akan diambil jika penularan kes COVID-19 terus meningkat.

Menurutnya ketika ini, defisit negara telah mencatatkan lebih 6% berbanding 3.2% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Oleh itu, keutamaan kerajaan adalah kesejahteraan semua pihak – ia bukan sekadar meliputi aspek ekonomi, namun turun merangkumi keselamatan dan kesihatan.

Tindakan pinjaman itu adalah untuk memastikan kesan buruk yang akan berlaku pada ekonomi negara dapat diseimbangkan dengan baik.

Bagaimanapun, ia sekadar andaian – kerajaan buat masa ini masih positif akan pelan pemulihan ekonomi negara yang disasarkan pada 2021 kelak.