Artikel

Meraque, Pharmaniaga Gunakan Dron Agih Ubatan Kepada Mangsa Banjir

Meraque Services, syarikat teknologi dron negara kini atur kerjasama dengan Pharmaniaga bagi memanfaatkan teknologi untuk membantu mangsa banjir penuhi kelengkapan kesihatan mereka.

Melalui penggunaan dron, penghantaran ubat-ubatan dapat dilakukan oleh kedua pihak dalam tempoh yang singkat. Tindakan baik ini turut merangkumi keperluan perubatan kritikal yang diperlukan mangsa banjir.

Berdasarkan makluman, dron terlibat diterbangkan sehingga 8.6 kilometer. Ini lebih menjimatkan penghantaran melalui laluan asal yang memerlukan perjalanan sekitar 25 kilometer. Buat pengetahuan umum, setiap penggunaan dron berkemampuan membawa muatan seberat 5 kilogram dan berupaya bergerak sejauh 2 kilometer.

Usaha ini sekaligus tidak hanya menjimatkan masa bahkan merangkumi kos perjalanan, keselamatan dan daya kualiti ubat-ubatan yang diagihkan.

Penyertaan Meraque adalah daripada 5 syarikat swasta yang terlibat pada makluman MOSTI sebelum ini. Sekitar 4 unit dron dilaksanakan untuk membantu sesi pembekalan kepada mangsa banjir ini.

Umum juga tidak perlu khuatir, pelaksanaan agihan melalui dron ini telah mendapat kerjasama daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) berserta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Orang awam perlu sedari, bagi sebarang penerbangan dron memerlukanĀ kelulusan CAAM, ia tertakluk di bawah Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam Malaysia 2016 (MCAR 2016).