Artikel

Melaka Peroleh Pelaburan RM1 Bilion, Bina Kilang Pemasangan EV Pertama Di Malaysia

Melaka sering menjadi negeri yang memanfaatkan keperluan teknologi demi kebaikan pertumbuhan ekonominya. Negeri tersebut kelak menerima pelaburan berjumlah RM1 bilion untuk membangunkan kilang pemasangan kenderaan elektrik (EV) pertama di Malaysia.

Perolehan pelaburan bersama Fieldman EV Sdn Bhd, syarikat bumiputera ini akan memperlihatkan pembangunan pada tapak seluar 200 hektar di Jasin, Melaka.

Lebih menarik, syarikat turut memperolehi hak ekslusif daripada syarikat automotif China iaitu Changan Automobile Corp untuk pengedaran EV di pasaran tempatan dan di Asia Tenggara.

Agenda ini secara terus bakal merangsang ekosistem automotif Melaka berserta sasaran penawaran 5,000 peluang pekerjaan kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Untuk makluman, sebelum ini Melaka turut memanfaatkan eksosistem e-dagang bagi memacu semula pertumbuhan pelancongan negeri. Antaranya menerapkan konsep Beli Sekarang Melancong Bayar Kemudian bersama Lazada untuk merangsang semula kawasan yang berpaksikan ekonomi-pelancongan.