Artikel

FedEx Express Pelbagaikan Keupayaan Digital, Pacu E-Dagang Malaysia

Pemerkasaan e-dagang tempatan sememangnya memerlukan sokongan pemain industri untuk meningkatkan pertumbuhan. Melihat kepentingan itu, FedEx Express Malaysia kini mempelbagaikan kemudahan digital kepada pengguna.

Penyelarasan ini turut didorong atas permintaan pengguna, yang telah berubah selari dengan krisis kesihatan yang berlaku. FedEx Express kini telah melaksanakan penghantaran nirsentuhan (tanpa sentuhan) kepada pelanggan mereka dan turut menamatkan ciri tandatangan fizikal demi menjamin kesejahteraan semua pihak.

Tidak hanya itu, penyertaan ciri atas talian melalui FedEx Billing Online, Virtual Asisstant dan Delivery Manager turut tersedia buat pengguna.

Melalui tindakan ini, ia bukan sahaja melancarkan operasi perniagaan tempatan tetapi turut membuka ruang khidmat yang meluas pada pasaran antarabangsa.

Berdasarkan jangkaan GlobalData pertumbuhan Malaysia pada medium e-dagang berupaya melonjak 10.6% bagi 2021 dan anggaran lonjakan CAGR pembayaran e-dagang meningkat 18.3% kepada sasaran RM55.7 bilion menjelang 2025 kelak.