Artikel

E-Dagang Malaysia Dijangka Papar 10.6% Lonjakan Pertumbuhan Bagi Tahun 2021

Platform e-dagang Malaysia kini menjadi antara pasaran Asia Tenggara yang terpesat untuk perkembangan jualan atas talian. Melalui pengamatan, tahun ini negara berpotensi meraih pertumbuhan kukuh sekitar 10.6% bagi 2021.

Ramalan GlobalData memaparkan kestabilan pasaran ini didorong berasaskan anggaran lonjakan CAGR pembayaran e-dagang meningkat 18.3% kepada sasaran RM55.7 bilion menjelang 2025 kelak.

Untuk makluman peningkatan itu disokong hasil penyertaan internet dan penggunaan telefon pintar yang semakin rancak dalam kalangan pengguna negara.

Tidak hanya itu, perubahan sikap pengguna untuk lebih berhati-hati ketika melaksanakan pembelian fizikal juga menjadi faktor utama buat mereka mengubah kaedah pembelian menerusi e-dagang.

Malah pengukuhan platform e-dagang negara turut memperlihatkan kerjasama pentadbiran apabila memperkasakan penglibatan warga PKS di bawah Kempen Go-eCommerce Onboarding yang telah berlangsung bermula Julai sehingga akhir tahun ini. Sokongan tersebut sekaligus memperkasakan usaha ekonomi negara ke arah digitalisasi.