Artikel

Selepas Gardenia, Roti Massimo Kini Turut Meningkatkan Harga Jualan

Pada bulan lepas, kita telah melihat Gardenia melakukan perubahan harga jualan beberapa roti keluaran mereka. Kini, selepas Gardenia, pihak The Italian Baker turut dilihat meningkatkan harga jualan untuk roti Massimo.

Melalui perubahan ini, Roti Massimo White Sandwich 400g membawakan harga jualan baru RM2.80 (berbanding RM2.38 sebelum ini), daan 600g pula berharga RM4 (berbanding RM3.35 sebelum ini).

Roti Wheat Germ 400g pula dijual paada harga RM3.00 (berbanding RM2.48 sebelum ini), dan 600g pada harga RM4.25 (peningkatan daripada RM3.71 sebelum ini).

Selain itu, roti Whole Wheat 100% dijual pada harga RM4.10, dan ban Duetto pada harga RM1.

Perubahan harga ini dilihat telah mula diimplementasikan penjual, termasuk melalui aplikasi FoodPanda.