Artikel

Gardenia Hadir Dengan Roti Bonanza Keluarga Gardenia Pada Harga Lebih Rendah

Gardenia, jenama roti pilihan rakyat Malaysia kini bakal memperkenalkan Roti Bonanza Keluarga Gardenia iaitu roti putih 500g dengan harga serendah RM2.75 di pasaran.

Pengenalan roti Bonanza Keluarga Gardenia ini adalah bertepatan dengan sokongan terhadap kempen Keluarga Malaysia – di mana roti ini akan mula dipasarkan pada jualan bermula 16 Disember 2021 kelak.

Gardenia pada makluman hari ini (1 Disember) menyasarkan penawaran roti Bonanza Keluarga Gardenia adalah berpatutan kepada kumpulan isi rumah, ia lebih menjimatkan dan bersesuaian dengan permintaan pengguna.

Melalui makluman itu, para pengguna boleh menikmati roti Bonanza Keluarga Gardenia tersebut bermula minggu ketiga bulan ini. Sebarang perincian lanjut – para pengguna boleh layari pautan rasmi di Gardenia KL.