Artikel

Jimat Dahulu, Bayar Kemudian – Ketahui Langkah Yang Tepat Berbelanja Bersama PayLater

Sejak pandemik COVID-19 muncul di negara, kita dapat lihat corak perbelanjaan pengguna mula berbeza. Erti kata mudah pengguna di Malaysia termasuklah penulis, kini mula mengamalkan sikap berhati-hati dalam aturan penggunaan tunai.

Dan antara pembayaran yang menjadi pilihan penulis ketika ini, untuk menjamin pengurusan wang adalah menggunakan PayLater oleh Grab iaitu BNPL – Beli Dahulu Bayar Kemudian. Di mana menerusi segmen ini,  semua individu berpeluang membeli barangan dengan bayaran secara ansuran dan tanpa sebarang caj faedah.

Namun bagaimana cara menggunakan PayLater ini? Adakah anda tahu tentang langkahnya?

PayLater oleh Grab – Tidak Sekadar Beri Manfaat Pada Pembelian Barangan Sahaja

PayLater berperanan memberi kemudahan akses kewangan dan penjimatan kepada para pengguna.Tetapi apa yang membezakan segmen ini dengan pemain industri lain adalah ia tidak hanya menawarkan kaedah pembayaran ke atas barangan sahaja, namun meliputi penggunaan akses bayaran terhadap pembelian makanan, khidmat seru-pandu dan khidmat penghantaran barangan.

Untuk mengetahui kemudahan yang terdapat pada PayLater, ini langkah yang perlu pengguna terokai:

– Aktifkan PayLater dalam aplikasi Grab anda. Para pengguna kini boleh mengaktifkan butang PayLater pada dompet digital GrabPay, pada ciri Payment dengan mengklik Try It Now. Setelah tindakan itu dilakukan, PayLater akan terus membuka akses pengguna dengan penetapan kadar had perbelanjaan.

– Tahap had perbelanjaan bagi setiap pengguna adalah berbeza. Ini bermakna berdasarkan pengalaman penulis, penetapan had amaun perbelanjaan ini ditentukan berlandaskan cara penggunaan pengguna pada aplikasi. Ia mengambil-kira transaksi pembayaran, jumlah amaun yang dibelanjakan serta kekerapan pengguna pada khidmat aplikasi Grab. Ia secara langsung meneliti disiplin pengguna ketika berbelanja. Ketika mengaktifkan PayLater ini, penulis diberi had perbelanjaan dengan jumlah RM4,000 (untuk Postpaid and Instalments), di mana paras perbelanjaan untuk pilihan Postpaid adalah RM1,000. Sementara, amaun Instalments atau ansuran akan menurun sekiranya penulis membuat bayaran postpaid.

– Sentiasa memantau aliran transaksi di dalam aplikasi Grab. Buat pengetahuan pengguna, semakan penggunaan amaun PayLater dapat dilakukan dari semasa ke semasa pada paparan aplikasi. Pada bahagian View Details, pengguna boleh melihat perincian aliran pengeluaran wang dan jumlah amaun yang harus dilangsaikan pada tempoh seterusnya. Selain itu, pengguna juga dapat mengetahui tarikh pembayaran pada pilihan ansuran berserta amaun tetap. Paparan data itu secara langsung memberi kesedaran kepada pengguna akan cara perbelanjaan mereka melalui PayLater.

Fahami Penggunaan PayLater Postpaid & PayLater Instalments

Pasti ada pengguna yang terkeliru akan penerapan dua pilihan pembayaran di bawah PayLater oleh Grab ini. Jangan risau, perkara yang sama sebenarnya turut berlaku pada diri penulis ketika mengaktifkanya. Agak sedikit pelik, mengapa terdapat dua pilihan pembayaran? Apa perbezaan dan kelebihannya?

PayLater Postpaid – membawa erti kaedah Pasca-Bayaran, di mana para pengguna memiliki pilihan untuk membayar menggunakan wang postpaid terlebih dahulu. Ini bermakna kalau anda tiada duit di dalam GrabPay, kaedah ini membolehkan anda mendahulukan wang yang terdapat pada akaun PayLater Postpaid. Secara tidak langsung, pengguna boleh “jimat sekarang” dan bayar semula amaun yang telah digunakan pada suatu tempoh yang telah ditetapkan atau ketika penghujung bulan di dalam aplikasi. Ini juga memudahkan aliran wang untuk perbelanjaan lain. 

Penulis melihat pilihan mendahulukan pembayaran ini, suatu tindakan yang menarik. Khususnya ketika penulis dalam kelaparan dan tidak memiliki sebarang wang tunai.

Apa yang menarik pilihan pembayaran melalui PayLater Postpaid ini boleh digunakan pada perkhidmatan pengangkutan, makanan serta penghantaran dan ia turut menawarkan potongan diskaun kepada pengguna serta penawaran mata ganjaran yang tinggi melalui GrabRewards.

Percaya atau tidak, dalam tempoh seminggu sahaja – kutipan GrabRewards yang diterima oleh penulis sekaligus telah mendorong kepada perubahan kedudukan penulis kepada Gold Members, dan ini menjadikan lebih banyak manfaat dan penjimatan yang boleh dinikmati oleh penulis pada aplikasi Grab.

Seterusnya PayLater Instalments – iaitu kaedah pembayaran secara Ansuran. Di dalam PayLater kaedah ini menawarkan pembayaran ansuran dalam tempoh 4 bulan kepada para pengguna. Walaupun penetapan itu kelihatan seperti kebiasaan seakan-akan platform BNPL yang lain, namun bagi penulis ia berbeza.

Apa yang menarik perhatian penulis dalam kaedah ansuran ini ialah cara pemberitahuan penggunaannya kepada para pengguna. Sebagai contoh, penulis telah menggunakan kaedah ansuran ini pada salah satu rakan e-dagang Grab. Ternyata pada langkah awal sebelum mengesahkan pembayaran, sistem ansuran ini memberi peringatan kepada pengguna untuk mengetahui pecahan bayaran semula mengikut ketetapan tarik akhi bagi setiap bulan kelak.

Pada pengamatan penulis, cara pemberitahuan ini secara langsung memberi peringatan kepada pengguna untuk bersedia dengan tanggungjawab pembayaran semula dalam tempoh 4 bulan ini. Pemaparan tarikh itu dilihat turut membantu pengguna mengatur kembali aliran kewangan mereka pada tempoh tersebut.

Buat pengetahuan pengguna, bagi setiap penolakan pembayaran semula akan dilakukan secara automatik. Sama ada berasaskan baki yang terdapat pada dompet GrabPay atau pada kad perbankan anda yang dipautkan pada PayLater. Langkah ini tidak hanya mendisplin pembayaran semula pengguna tetapi turut memudahkan pemantauan Grab pada aliran kemasukan semula wang tunai.

Kekalkan Prestasi Pembayaran Semula – Nescaya PayLater oleh Grab Terus Kekal 0% Kadar Faedah

Frasa ini cukup tepat untuk semua para pengguna aktif Grab, termasuklah penulis. Ini kerana berdasarkan pengamatan, Grab sama sekali tidak meletakkan apa-apa caj faedah atau tambahan kepada pengguna PayLater.

Tindakan tersebut hanya akan berlaku, sekiranya pengguna mula menunjukkan sikap yang tidak berdisiplin dan gagal melunaskan pembayaran semula PayLater. Bagi anda yang tidak tahu, jika anda terbabas dari tempoh pembayaran yang dijadualkan – akaun PayLater anda berpotensi untuk dibekukan.

Maka untuk mengaktifkan kembali akaun pembayaran tersebut, fi admin sehingga RM10 akan dikenakan ke atas pengguna. Ia bertujuan sebagai usaha peringatan awal kepada pengguna dalam membentuk pengurusan risiko wang yang lebih baik. 

Ia secara langsung akan memberi kesan yang baik pada skor kredit pengguna di masa hadapan.


Secara keseluruhannya, penulis berpuas hati akan penawaran yang tersedia pada platform PayLater oleh Grab ini. Meskipun penggunaan BNPL memiliki risiko dan komitmen yang tersendiri, namun dengan adanya sistem seperti PayLater ini – ia tidak sekadar membentuk komuniti pengguna yang bijak dalam mengatur kewangan, tetapi turut cakna akan kepentingan meningkatkan aliran perbelanjaan negara. 

Ini kerana pemulihan pertumbuhan ekonomi Malaysia, bergantung kepada aliran perbelanjaan rakyat negara. Di saat tekanan inflasi meningkat di paras 3.3% (DOSM) dan penerimaan bantuan tunai yang tidak meluas, ia secara langsung telah mengehadkan potensi pengguna untuk menyumbang kepada ekonomi tempatan. 

Melalui PayLater oleh Grab, ia meningkatkan keupayaan individu untuk memiliki akses kewangan serta dapat memenuhi keperluan mereka dari semasa ke semasa tanpa sebarang masalah. 

Bagi pengguna yang ingin turut sama menikmati kelebihan pembayaran bersama PayLater oleh Grab, pengguna boleh memuat turutn aplikasi Grab dan mengaktifkan ciri tersebut pada pautan ini Muat-Turun Grab Malaysia.

Penafian: Advertorial Dari Grab Malaysia