Artikel

Inflasi Terus Meningkat, Kini 3.3% – DOSM

Indeks Harga Pengguna (IHP) pada data November 2021, yang menjadi pengukur aras utama kadar inflasi kini memaparkan peningkatan 3.3%. Ini lebih tinggi berbanding data Oktober, iaitu di paras 2.9% dan melepasi paras purata jangka panjang inflasi iaitu 1.6%.

Tinjauan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mendapati peningkatan tersebut didorong hasil kenaikan indeks bagi 5 kumpulan utama iaitu Pengangkutan (12.7%), Perumahan, Air, Elektrik, Gas dan Bahan Api lain (3.4%), Makanan dan Minuman bukan Alkohol (2.7%) Hiasan, Perkakasan dan Penyelenggaraan Isi rumah (2.6%) serta Restoran dan Hotel (0.9%).

Selain peningkatan itu, barangan mentah turut memaparkan kenaikan harga yang ketara iaitu;

  • Ayam meningkat 16.7%
  • Susu, Keju (4.2%)
  • Telur, Sayur-sayuran (3.6%)
  • Ikan

Manakala mengikut segmen inflasi negeri pula, kesemua negeri mencatatkan peningkatan inflasi. Namun paling tertinggi adalah Terengganu (4.3%), sementara Sarawak (2.%), Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan (2.4%) dan Kuala Lumpur (2.4%) pula memaparkan peningkatan IHP terendah. Negeri lain pula melepasi paras inflasi nasional iaitu 3.3%.

DOSM melihat situasi kenaikan ini tidak dapat dielakkan. Ia susulan kenaikan harga barangan tahap global yang turut memberi kesan kepada pengguna di seluruh dunia.