Artikel

Kutipan Cukai 2021 Kini Lepasi Sasaran RM143.9 Bilion

Seperti yang umum sedia ketahui, Kementerian Kewangan pada Mac 2021 telah menyasarkan kutipan cukai pada tahun ini adalah paras RM143.9 bilion, dan ternyata jangkaan itu telah berjaya dilepasi.

Berdasarkan laporan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Dasar) LHDN iaitu Datuk Mohd Jaafar, jumlah kutipan akan terus meningkat. Setakat ini, pada perkongsian awal angka kutipan telah lepasi sasaran yang ditetapkan.

Walaupun LHDN telah melaksanakan kelonggaran ke atas pembayar cukai susulan krisis COVID-19 dan bencana, namun rakyat Malaysia kekal melunaskan tanggungjawab mereka kepada negara.

Namun setakat ini, amaun keseluruhan kutipan masih tidak dinyatakan secara rasmi – sama-sama kita nantikan makluman jumlah kutipan keseluruhan.