Artikel

Kerajaan Sasar Kutipan Cukai 2021 Pada Paras RM143.9 Bilion

Tahun lalu, negara berjaya mengekalkan momentum dengan memperolehi jumlah kutipan cukai sebanyak RM123.092 bilion, 1.14% lebih tinggi berbanding sasaran awal yang ditetapkan RM121.7 bilion.

Kini, penetapan kutipan cukai bagi tahun 2021 adalah RM143.9 bilion. Jumlah itu dilihat dapat dicapai menerusi penglibatan negara pada penerokaan peluang baharu.

Menurut Menteri Kewangan – Tengku Zafrul pada sidang Hari Hasil Ke 25, prestasi kutipan cukai ini dapat diperluaskan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kepada pembayar cukai yang berpotensi, ia meliputi sektor dan industri negara.

Meskipun negara berdepan dengan krisis pandemik – namun peranan yang baik telah disumbangkan oleh pemain industri dan rakyat kepada kutipan cukai negara.

Usaha ini secara langsung, membantu menyeimbangkan semula ekonomi negara.