Artikel

Pilihan Raya Malaysia Berpotensi Dilaksanakan Pada 2022 – Laporan

Seperti umum sedari ekonomi Malaysia mengalami pemulihan yang agak perlahan susulan krisis kesihatan COVID-19. 

Berdasarkan dapatan Centre for Economist and Business Research (CEBR) negara dijangka melepasi tahap pra-pandemik hanya pada tahun 2022. Sebelum ini, untuk pengetahuan umum Malaysia mengalami penurunan KDNK paling terendah pada 2020 di paras 5.6%. 

Bagaimanapun jangkaan pemulihan yang disasarkan akan terus perlahan dan kadar pengangguran negara pula kekal meningkat hampir 5%.

Tambahan CEBR – melihat kedudukan ekonomi yang mendorong kepada peningkatan hutang awam sehingga 65%, memerlukan tumpuan yang lebih tinggi. Ini merangkumi ketidakpastian dan ketidaktentuan dinamik pentadbiran yang telah mempengaruhi sentimen ekonomi Malaysia.

Maka untuk menamatkan ketidakpastian situasi itu, pilihan raya negara dijangka berpotensi dilaksanakan pada tahun 2022 kelak.