Awal Julai lalu, AirAsia telah merancang menguasai operasi Gojek di Thailand bersama nilai AS$50 juta. Berdasarkan kesepakatan itu, kedua-dua syarikat akan melaksanakan pertukaran saham. Sebagai pulangan untuk cabang Thailand, Gojek akan mendapat kepentingan dalam perniagaan aplikasi super AirAsia.
Bagaimanapun, laporan kini menyatakan AirAsia Digital telah membatalkan perancangan perolehan bernilai AS$10 juta Velox Fintech iaitu sebuah unit Gojek Thailand. Difahamkan AirAsia hanya menyelesaikan perjanjian tersebut bersama Velox Technology sahaja dengan nilai AS$40 juta – pada data pemfailan AirAsia untuk suku ketiga 2021.
Tindakan berhubung penamatan pemerolehan Velox Fintech itu bagaimanapun tidak diperincikan dan didedahkan dalam pemfailan.
Meskipun perancangan pemerolehan itu tidak dicapai berdasarkan sasaran awal, namun adanya peralihan pada Velox Technology oleh AirAsia SuperApp ini akan memacu perluasan operasi pada penawaran khidmat pengangkutan, makanan, runcit dan logistik.
Selain Thailand, tumpuan perluasan empayar turut terarah kepada Vietnam dan Singapura.