Artikel

AirAsia Rancang Menguasai Operasi Gojek Di Thailand? – Laporan

Setelah memperluaskan empayar pada platform e-dagang, makanan dan penghantaran – kini AirAsia Malaysia diperkatakan sedang melakukan perbincangan bersama Gojek untuk perolehan operasi mereka di Thailand.

Berdasarkan laporan Nikkei hari ini (7 Julai) perolehan AirAsia pada operasi Gojek di Thailand itu – akan memperlihatkan penyertaan Gojek pada platform digitalisasi AirAsia.

Laporan turut dapati pemerolehan ini melibatkan 100% kepentingan ekuiti dalam Velox Technology dengan harga AS$40 juta oleh AirAsia SuperApp, dan keseluruhan ekuiti di Velox Fintech dengan harga AS$10 juta oleh AirAsia Digital. Ini menjadikan nilai tersebut AS$50 juta.

Bagaimanapun buat masa ini, AirAsia tidak memberi sebarang maklum balas berhubung pelaporan tersebut.

Berita dari semasa ke semasa, akan menyusul.