Artikel

Kadar Inflasi 2022 Dijangka ‘Sederhana’, Sekitar 2.5%

Segelintir firma penyelidikan kini menyasarkan kadar inflasi negara pada tahun 2022 akan lebih stabil dan sederhana, iaitu di paras 2.1% sehingga 2.5%.

Walaupun firma seperti Hong Leong Investment Bank menyasarkan penurunan paras indeks harga pengguna kepada 2% pada 2022, tetapi risiko tekanan inflasi kekal wujud.

Umum ketahui, kadar inflasi setakat November 2021 telah mencatat 3.3%. Ini disusuli pembukaan ekonomi, mendorong peningkatan permintaan dan mengalami ketirisan dari aspek pembekalan. Maka tercetuslah peningkatan paras harga yang tinggi dalam pasaran.

Malah situasi bencana banjir yang sedang melanda Malaysia ketika ini, memberi petunjuk lanjutan peningkatan harga akan berterusan dalam suatu tempoh masa. MIDF menyatakan jika dilihat pada anggaran harga komoditi akan kembali normal pada pertengahan 2022.

Ini bermakna, isu ketirisan rantaian dan permintaan akan beransur pulih.