Artikel

Setiap Ketua Isi Rumah Yang Terkesan Akibat Banjir, Terima Bantuan RM1,000

Bagi setiap ketua isi rumah yang terkesan berikutan bencana banjir, kini menerima bantuan berjumlah RM1,000.

Melalui laporan, pengagihan dana kerajaan itu akan diperolehi setelah ke semua isi rumah yang terlibat ditempatkan pada PPS iaitu pusat pemindahan sementara, pulang kediaman masing-masing. Pengumuman itu telah dimaklumakan Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri pada sidang hari ini (19 Disember) di Pejabat Tanah Selangor bagi perkembangan krisis lanjut.

Selain itu, di awal makluman sidang PM Ismail turut menjelaskan setiap perbankan wajar bersedia menawarkan pelbagai inisiatif bantuan kewangan kepada orang awam. Pemantauan dan penjelasan lanjut akan dilakukan Kementerian Kewangan pada situasi ini.

Malah agihan RM100 juta juga turut akan diagihkan kelak bagi memulihkan kembali infrastruktur serta kediaman yang telah terjejas susulan kesan banjir.