MBO Cinemas merupakan salah satu penyedia panggung wayang di Malaysiaa. Sebelum ini, disebabkan oleh Covid-19, MBO Cinemas terjejas, dan mengambil-langkah untuk menutup sepenuhnya operasi mereka di Malaysia. Ketika itu, GSC telah membeli majoriti aset pawagaam MBO.
Kini, terbaru pihak MBO Cinemas berkongsi dengan kami mengatakan jenama dan panggung wayang kegemaran ramai berkenaan akan kembali beroperasi semula dibawah pengurusan baharu. Selari dengan perkongsian ini juga, pelbagai akaun media sosial MBO Cinemas kini aktif kembali.
Seperti sebelumnya, MBO Cinemas akan menawarkan pengalaman menonton wayang yang menyeluruh dan mengasyikkan.
Bermula bulan ini, panggung wayang MBO Cinemas akan dibuka secara berperingkat. Untuk permulaan, MBO Cinemas di Atria Shopping Gallery akan dibuka pada 29 Disember 2021, dan diikuti dengan Elements Mall Melaka, Taiping Sentral Mall, Teluk Intan, Brem Mall, Space U8 dan U-Mall Skudai.
MBO Cinemas turut mengatakan mereka sedang dalam perbincangan dengan salah satu pembangun hartanah untuk membuka cawangan baharu pada 2022 kelak.
Selari dengan pembukaan ini juga, MBO Cinemas akan menawarkan tayangan percuma antara 24 hingga 26 Disember 2021 di MBO Cinemas Atria Shopping Gallery.