Artikel

Binance Akan Lancar Bursa Aset Digital Di Indonesia – Selepas Batalkan Perancangan Di Singapura

Binance kini mengumumkan usahaniaga bersama bahagian pelaburan Telkom Indonesia, mengatakan akan melabur dalam membangunkan ekosistem rantaian-blok, selain hadir dengan bursa aset digital di Indonesia.

Pengasas Binance turut mengatakan mereka melihat Indonesia mungkin menjadi salah satu pusat utama dalam pembangunan ekosistem kirptowang dan juga rantaian-blok di Asia Tenggara. Pada hari ini, Binance sedia mempunyai pelaburan pada TokoCrypto, salah satu bursa kriptowang di Indonesia.

Apa yang menariknya adalah pengumuman ini hadir selepas pihak Binance membatalkan dan mengatakan bakal menutup Binance.sg di Singapura pada Februari 2022 kelak.