Binance, salah satu penyedia yang terkenal dengan perkhidmatan jual-beli kriptowang, hari ini dilaporkan telah menarik kembali permohonan lesen untuk bursa kriptowang di Singapura.
Pada masa yang sama, platform Binance.sg juga akan berhenti beroperasi pada 13 Februari 2022 kelak.
Binance Asia, entiti berkenaan di Singapura mengatakan mereka akan lebih memfokuskan opereasi terhadap teknologi rantaian-blok, dan tidak mengatakan sebarang sebab disebalik perubahan ini.
Sebelum ini, Binance Asia telah melakukan pelaburan pada HGX (HG Exchange),dan mendapatkan pegangan sebanyak 18%. Pada masa yang sama, Binance turut dilaporkan sedang aktif dalam perbincangan untuk membuka sebuah usahaniaga kripto di Indonesia.