Artikel

Binance Dilaporkan Sedang Melihat Kepada Usahaniaga Kripto Di Indonesia

Binance merupakan salah satu syarikat memfokuskan kriptowang yang tidak asing bagi ramai pengguna. Terbaru, Binance dilaporkan sedang melihat kepaada usahaniaga berkaitan kriptowang dengan beberapa syarikat besar di Indonesia.

Menurut laporan Bloomberg, Binance dalam perbincangan bersama BCA (PT Bank Central Asia), dan juga PT Telkom Indonesia untuk tujuan usahaniaga berkenaan. Sekiranya usahaniaga ini berhasil, maka ia akan membuka kepada penyertaan lebih ramai pengguna dalam arena kriptowang dari Indonesia – sementara Binance pula akan terus mengukuhkan kedudukan mereka di negara yang mempunyai hampir 300 juta rakyat.

Buat masa ini, perbincangan masih sedang dalam proses, dan pihak Binance tidak mengeluarkan sebarang komen rasmi berkaitan dengannya.

Pada hari ini, Binance sedia mempunyai pegangan pada salah satu syarikat kriptowang terkemuka di Indonesia, iaitu Tokocrypto.