Artikel

BNM Masih Menilai Keputusan Untuk Mengeluarkan Mata Wang Digital

Walaupun Malaysia turut serta dalam kerjasama Project Dunbar yang menguji penggunaan mata wang digital bank pusat (CBDC) bersama Singapura, Australia dan Afrika Selatan – tetapi tindakan untuk mengeluarkan mata wang digital itu masih dalam penilaian.

Bank Negara Malaysia (BNM) memaklumkan semakan dan penilaian secara aktif akan terus dilaksanakan pada potensi CBDC, di mana buat masa ini sistem pembayaran domestik merangkumi platform pembayaran runcit masa-nyata kekal menjadi permintaan orang awam pada penggunaan transaksi.

Ketika ini tiada sebarang keputusan diputuskan berhubung pengeluaran mata wang digital.

Buat pengetahuan umum, CBDC ialah instrumen pembayaran digital yang dikeluarkan oleh bank pusat dan penggunaan secara global melibatkan bank pusat di seluruh dunia.

Setakat ini, antara negara yang memperlihatkan pemerkasaan CBDC yang ketara adalah China (e-Yuan), Jepun (digital yen) dan Rusia (e-Ruble).