Artikel

Malaysia Bersama Singapura, Australia Dan Afrika Selatan – Atur Kerjasama Uji Mata Wang Digital Bank Pusat

Selain China dan Jepun – kini keempat-empat bank pusat negara tersebut akan melaksanakan kerjasama untuk menguji penggunaan mata wang digital bank pusat (CDBC), bertujuan ke arah penyelesaian antarabangsa.

Pelaksanaan yang dikenali sebagai Projek Dunbar ini adalah sebuah pelan yang diterajui pusat Bank of International Settlements (BIS) Innovation Hub di Singapura.

Sasaran awal pelaksanaan adalah membangunkan prototaip platform CBDC – ia berperanan membolehkan institusi kewangan melakukan transaksi secara terus dalam mata wang digital yang dikeluarkan oleh bank pusat terlibat. Ini bermakna tiada pihak pengantara dan itu akan mengurangkan kos transaksi serta masa.

Apa yang menarik dalam kerjasama ini, turut akan memantau pengrurusan operasi setiap bank pusat. Pemahaman ini akan membawa kepada perkongsian infrastruktur CBDC yang lebih baik, ia dilihat dapat memberi manfaat kepada keempat-empat negara.

Berdasarkan sasaran hasil kerjasama ini akan diterbitkan pada awal 2022 kelak dan prototaip teknikal bersama rakan teknologi akan diperlihatkan pada demonstrasi di Singapore Fintech Festival pada November tahun ini, 2021.

Bank Negara Malaysia (BNM) melihat potensi usahasama ini akan memacu pengaturan transasksi kewangan antarabangsa menjadi lebih cekap.

Ia turut membuka peluang kerjasama yang meluas pada institusi kewangan tempatan bersama penyedia global. Turut sama yang terlibat pada agenda ini adalah Reserve Bank of Australia, Monetary Authority of Singapore dan South African Reserve Bank.