Sejak Mac 2020, ternyata pandemik COVID-19 tidak hanya memberi kesan kepada krisis kesihatan semata-mata kepada orang awam- namun turut membawa kepada ketirisan kewangan dan seterusnya diisytiharkan muflis.
Jabatan Insolvensi merekodkan data Mac 2020 sehingga September 2021, sekitar 11,207 kes muflis telah dicatatkan negara. Di mana 6,344 kes adalah bagi tempoh Mac 2020 sehingga Disember 2020. Sementara Januari 2021 sehingga September 2021 pula mencatatkan 4,863 kes muflis.
Pengisytiharan status bankrap ini dilaksanakan mengikut piawaian yang tepat. Selanjutnya bagi kes yang difailkan setelah penamatan agihan moratorium antara bulan April 2020 dan September 2020 akan dilakukan dan diambil tindakan. Langkah yang sama turut dilakukan setelah penamatan moratorium secara bersasar pada Mac 2021 dan Julai 2021.
Untuk makluman, berdasarkan data tahun 2017 sehingga Oktober 2021 sekitar 22,756 individu di Malaysia telah diklasifikasikan bankrap. Data itu merangkumi;
- Sewabeli Kenderaan – 10,568 kes muflis
- Pinjaman Perniagaan – 7,043 kes muflis
- Pinjaman Perumahan – 6,704 kes muflis
- Hutang Kad Kredit – 5,409 kes muflis
Manakala pada pengamatan bahagian bangsa pula pada data 2021 memperlihat Melayu mencatatkan kes muflis sekitar 2,852, Cina (1,189), India (408), lain-lain (402) dan bukan-warganegara (12).