Artikel

Seramai 22,756 Individu Di Malaysia Kini Diisytiharkan Muflis – Disebabkan Pinjaman Peribadi

Jabatan Insolvensi Malaysia setakat Oktober 2021 kini memperlihatkan data kes kebankrapan atau muflis dalam kalangan rakyat di negara.

Data sejak tahun 2017 sehingga Oktober 2021 itu jelas memperlihatkan kategori Pinjaman Peribadi terus menjadi peneraju kepada kadar muflis di negara dengan membabitkan sejumlah 22,756 kes di Malaysia.

Sementara kategori lain pula memaparkan jumlah kes bankrap 2017-Oktober 2021 adalah;

  • Sewabeli Kenderaan – 10,568 kes muflis
  • Pinjaman Perniagaan – 7,043 kes muflis
  • Pinjaman Perumahan – 6,704 kes muflis
  • Hutang Kad Kredit – 5,409 kes muflis

Manakala pada pengamatan bahagian bangsa pula pada data 2021 memperlihat Melayu mencatatkan kes muflis sekitar 2,852, Cina (1,189), India (408), lain-lain (402) dan bukan-warganegara (12).

Bagaimanapun, apa membimbangkan pada data ini adalah berdasarkan peringkat umur -kumpulan belia (25 tahun-34 tahun) menunjukkan jumlah kes muflis keseluruhan sekitar 14,058. Angka ini amat tinggi dan dijangka akan terus melonjak susulan penamatan bantuan jangka masa pendek yang disalurkan kerajaan ketika ini.

Berdasarkan purata ambang kerberhutangan – sekitar RM100,000-RM499,000 – terdapat 49 kes bankrap memiliki amaun tersebut.

Melihat aliran itu, pelbagai usaha pengurusan kewangan harus dipergiatkan serta diperkasakan lagi oleh institusi kewangan negara untuk membantu belia negara terhindar daripada jangkaan peningkatan bankrap tersebut.