Artikel

Grab – Secara Rasminya Kini Di Papan Penyenaraian Nasdaq, AS

Setelah bertapak selama 9 tahun dalam arena teknologi di Singapura dan beroperasi di sekitar 465 bandar di 8 buah negara – Grab kini telah memulakan langkahnya di penyenaraian papan Nasdaq, Amerika Syarikat.

Agenda itu secara rasminya dilaksanakan pada malam ini, bertepatan dengan tarikh 2 Disember.

Buat pengetahuan umum, aturan penyenaraian itu dicapai setelah menerima sokongan daripada pemegang saham berhubung tindakan gabungan Grab bersama  Syarikat Pemerolehan Tujuan Khas (SPAC) iaitu Altimeter Growth.

Melalui pengamatan Anthony Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Grab – usaha penyenaraian ini akan membantu Grab membuka peluang kepada pelabur Asia Tenggara meneroka pasaran global. Rantau yang memiliki populasi sekitar 650 juta ini berpotensi memperkasakan agenda ekonomi global.

Adanya tindakan penyenaraian ini Grab dilaporkan  meraih AS$4.5 bilion melalui perjanjian itu, termasuk pelaburan swasta AS$4 bilion dalam ekuiti awam, atau PIPE dari sekumpulan pelabur Asia dan peringkat global seperti Permodalan Nasional Berhad, Temasek, Fidelity serta beberapa pihak lain.