Artikel

Seramai 404 Penjawat Awam Terlibat Dengan Rasuah – Statistik SPRM Januari-Oktober 2021

Walaupun tahap rasuah negara masih tidak mencapai tahap pandemik seperti yang diperkatakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada April lalu, namun ini tidak bermakna tahap jenayah rasuah di Malaysia tidak membimbangkan.

Tahukah anda, Statistik Tangkapan SPRM bagi Januari sehingga Oktober 2021 – terdapat 404 penjawat awam didapati terlibat dengan isu rasuah. Ia meliputi jawatan Pengurusan Tertinggi, Pengurusan Profesional dan Sokongan Penjawat Awam.

  • Januari – 19 Penjawat Awam (45.24%)
  • Februari – 50 Penjawat Awam (45.87%)
  • Mac – 100 Penjawat Awam (58.48%)
  • April – 37 Penjawat Awam (38.95%)
  • Mei – 4 Penjawat Awam (17.39%)
  • Jun – 39 Penjawat Awam (55.71%)
  • Julai – 45 Penjawat Awam (56.96%)
  • Ogos – 37 Penjawat Awam (52.11%)
  • September – 42 Penjawat Awam (61.76%)
  • Oktober – 31 Penjawat Awam (34.83%)

Dinamik itur turut diperlihat pada data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), pada laporan Statistik Jenayah 2020 menunjukkan tangkapan kesalahan merangkumi rasuah negara adalah 998 kes.

Di mana 47.9% (478 kes) daripadanya adalah melibatkan kesalahan menerima rasuah. Angka itu jelas memaparkan peningkatan. Sementara itu sekitar;

  • 241 kes kesalahan tuntutan palsu
  • 159 kes kesalahan memberi rasuah
  • 58 kes kesalahan guna kuasa
  • 62 kes kesalahan lain

Meskipun carta amalan rasuah negara pada data 2020 ini menunjukkan penurunan 9.4% namun aliran kesalahan ini kekal tinggi. Bagaimana pula dengan statistik keseluruhan bagi tahun 2021? Sama-sama kita nantikan.