Artikel

Tahap Rasuah Negara Membimbangkan, Namun Masih Belum Capai Tahap Pandemik – SPRM

Seperti yang umum ketahui Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Malaysia telah menurun dan membawa kepada kedudukan ke-57 dari 180 buah negara.

Penyataan itu secara jelasnya menunjukkan amalan rasuah di negara semakin meruncing dan perkara itu turut diperakui secara peribadi oleh Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Bakri ketika sidang khas bersama TVAlhijrah.

Meskipun ia semakin membimbangkan namun ia dilihat belum mencapai paras ‘pandemik’ untuk Malaysia. Dari sisi positif, SPRM melihat peranan dan kesedaran masyarakat kini semakin meningkat – di mana menerusi pendedahan yang dilakukan mereka ia dapat menyokong pihak autoriti mengatasi isu tersebut.

Oleh itu, kerjasama semua pihak mampu membantu negara mengatasi virus kewangan ini. Pada masa yang sama, SPRM turut menegaskan penglibatan mana-mana pihak tidak akan mempengaruhi keputusan siasatan mereka.