Artikel

Lebih 530,000 Peminjam PTPTN Dicatatkan – Tidak Pernah Lakukan Pembayaran Semula Pinjaman

Tatkala hampir 800,000 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Malaysia berjaya melunaskan pinjaman mereka – kini masih terdapat seramai 539,284 peminjam PTPTN tidak pernah melakukan sebarang bayaran semula.

Data Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) itu jelas menunjukkan sehingga kini seramai 1,884,725 peminjam yang telah dan sedang melakukan pembayaran semula. Namun hanya 400,000 peminjam yang memaparkan aliran pembayaran secara konsisten.

Sementara baki jumlah peminjam lain masih tidak konsisten.

Melalui pemerhatian, seharusnya hasil kutipan tersebut perlu mencapai paras hampir RM24.6 bilion – ini kerana berdasarkan rekod 2.4 juta peminjam telahpun menamatkan pengajian mereka setakat ini.

Para peminjam yang terlibat kini digalakkan untuk melangsaikan semula pinjaman PTPTN yang telah diperolehi sebelum ini. Ia kerana sehingga 30 April 2022 kelak – kerajaan sedang menawarkan potongan pembayaran dengan diskaun sehingga 15% kepada semua peminjam. Sebarang makluman lanjut, boleh layari pautan Bayaran Balik-PTPTN untuk penebusan diskaun.