Artikel

Hampir 800,000 Peminjam PTPTN Kini Selesai Bayar Pinjaman – Dengan Kutipan Berjumlah RM15.5 Bilion

Data setakat September 2021, menunjukkan hampir 800,000 iaitu 77.75% peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kini telah melangsaikan pinjaman mereka. Di mana kutipan hasil tersebut pada tempoh 9 bulan pertama telah mencatatkan RM15.5 bilion.

Berdasarkan pemerhatian, hanya 400,000 peminjam yang memaparkan aliran pembayaran semula yang konsisten berbanding 700,000 peminjam yang lain tidak konsisten.

Bagaimanapun menurut Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) seharusnya hasil kutipan tersebut perlu mencapai paras hampir RM24.6 bilion – ini kerana berdasarkan rekod 2.4 juta peminjam telahpun menamatkan pengajian mereka setakat ini.

Maka pentadbiran negara ketika ini akan terus meningkatkan semula pembayaran pinjaman, ia disusuli dengan penawaran diskaun kepada para peminjam sehingga 15%.

  • 15% – Baki Hutang Penyelesaian Penuh
  • 12% – Bayaran 50% Baki Hutang Dalam Sekali Bayaran
  • 10% – Bayaran Balik Dari Potongan Gaji/Debit Mengikut Jadual

Pelaksanaan itu telah dimaklumkan pada pembentangan Belanjawan 2022 pada 29 Oktober lalu, di mana ia telahpun bermula pada 1 November sehingga 30 April 2022 kelak. Melalui usaha ini ia berpotensi membantu aliran pinjaman dikembalikan semula kepada sektor pendidikan negara.