Artikel

Rusia Jangka Uji Penggunaan Mata Wang Digital Ruble – Seawal Tahun 2022

Perluasan aset digital seperti kriptowang nyata telah merancakkan arena ekonomi dunia, namun ia juga turut menimbulkan petunjuk amaran kepada ketidaktentuan kawalan dan kuasa nilai matawang.

Melihat dinamik sedemikian, kini lebih 81 buah bank pusat di seluruh dunia mula mengatur langkah – meneroka pelaksanaan mata wang digital bank pusat (CBDC) mereka tersendiri.

Tindakan tersebut turut diikuti oleh Rusia. Apabila Gabenor Bank Negara, Elvira Nabiullina pada minggu ini memaklumkan prototaip ruble (matawang Rusia) digital akan tersedia mulai awal tahun 2022 kelak. Ini bermakna pengujian penggunaan wang digital tersebut akan dilakukan pada tahun hadapan.

Pelaksanaan tersebut akan dijalankan terlebih dahulu, sebelum Rusia dapat memuktamadkan pelancaran mata wang digital mereka.

Untuk makluman, setakat data akhir Oktober – sekitar 14 buah negara kini di peringkat ujian perintis dan terbaharu China mencatatkan penggunaan jumlah transaksi di paras AS$9.7 bilion (62 bilion yuan) pada mata wang digital yuan, e-CNY.

Ia menunjukkan terdapat pemintaan yang baik pada penggunaan mata wang digital. Namun institusi kewangan turut sedari terdapat kebimbangan mengenai bagaimana komponen mata wang tersebut boleh diuruskan oleh kerajaan, berhubung rekod prestasi aliran serta kawalan nilainya.