Artikel

Mastercard Kini Melancarkan Kad Komersial BNPL – Untuk PKS Di Asia-Pasifik

Pelancaran kad komersial Beli Sekarang Bayar Kemudian (BNPL) oleh Mastercard kini adalah sebagai persediaan bagi pilihan pembiayaan fleksibel kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Asia-Pasifik.

Melalui pengamatan BNPL yang berorientasikan pengguna ini ia berpotensi melonjak dan menyumbang kepada lebih AS$1 trilion pada jumlah dagangan kasar menjelang tahun 2025 kelak. Permintaan segmen ini juga dilihat meningkat di Singapura 80% dan India 77%.

Tidak hanya pengguna, peniaga kecil juga turut berupaya memiliki akses yang sama dalam perolehan daripada pembekal menerusi BNPL.

Penglibatan Mastercard pada segmen BNPL ini dilihat akan merancakkan kaedah pembayaran ke atas 80 juta peniaga di seluruh dunia, secara ansuran dan berkala.

Perniagaan boleh dengan mudah membuat pembelian pembiayaan ansuran daripada pembekal di seluruh dunia dan mengurus aliran tunai dengan lebih baik, sambil menghapuskan kerumitan menguruskan pelan pembayaran semasa.

Mastercard sedari kesukaran memiliki pinjaman dan akses kredit disebabkan krisis kewangan sebelum ini telah menidakkan peluang ramai pihak untuk berbelanja. Melalui BNPL, ia akan membantu kumpulan tersebut memenuhi semula keperluan mereka di samping meningkatkan aliran perbelanjaan ekonomi.

Untuk makluman, akhir September lalu – Mastercard memaklumkan penyertaannya dalam segmen BNPL tersendiri iaitu Mastercard Installment. Namun ia tertakluk pada pasaran Amerika Syarikat (AS), Australia dan United Kingdom (UK).