Artikel

Mastercard Turut Menyertai Segmen BNPL

Segmen Beli Sekarang Bayar Kemudian (BNPL), pada masa ini terus memaparkan peningkatan dari segi permintaan serta penggunaan kalangan pengguna global. Kehadiran pandemik telah mengubah tingkahlaku pengguna untuk lebih berhati-hati dalam mengatur perbelanjaan mereka.

Maka antara alternatif terbaik adalah menggunakan BNPL – memahami tuntutan tersebut, Mastercard kini menampilkan segmen tersendiri iaitu Mastercard Installment pada pasaran Amerika Syarikat (AS), Australia dan United Kingdom (UK).

Pengenalan segmen BNPL ini akan memberi akses kepada semua pengguna global sebagai pilihan kaedah pembayaran mereka untuk mana-mana cawangan fizikal dan platform atas talian.

Lebih menarik, akses sedemikian turut memberi pilihan kepada bank, bahagian pinjaman, fintech dan dompet digital menawarkan pelbagai ansuran yang fleksibel kepada pengguna tanpa perlu integrasi kepada infrastruktur pedagang yang lain.

Akses tersebut lebih mudah, selamat dan kompetitif kepada semua pihak.

Mastercard memaklumkan penerapan pilihan pembayaran BNPL ini tidak sekadar berpaut kepada trend semata-mata, namun ia didasari berasaskan data pengguna mereka. Di mana melalui BNPL ia dapat meningkatkan aliran julan pada kitaran 45% dan mengurangkan tindakan pengguna yang menangguhkan perbelanjaan mereka kepada 35%.

Pengamatan ini secara jelas memberi keuntungan kepada Mastercard selaku penyedia dan peniaga beserta pengguna yang menerima faedah pulangan.