Artikel

Kajian Semakan Gaji Minimum Malaysia – Hanya Akan Dibentangkan Awal Januari 2022 Kelak

Isu gaji di Malaysia sememangnya suatu perkara yang sering diperdebatkan oleh rakyat negara, tidak hanya itu ia turut mendapat perhatian pada sidang parlimen ketika ini.

Menurut Timbalan Menteri Sumber Manusia Awang Hashim yang juga ahli parlimen Pendang pada persoalan ahli parlimen Muar berhubung isu gaji minimum.

Beliau memaklumkan kajian semakan gaji minimum akan dibentangkan setelah suku keempat 2021, ia bermakna di awal Januari 2022 – kajian semakan tersebut akan dibentangkan pihak autoriti.

Berdasarkan pengamatanya, isu semakan ini tindak perlu timbul susulan semua pihak perlu sedari – kajian semakan gaji minimum sememangnya akan dilaksanakan setiap 2 tahun sekali.

Ia akan mengikuti protokol Majlis Perundingan Gaji Negara, di mana pelbagai aspek akan dipertimbangkan mengikut keperluan, ia merangkumi kedudukan pendapatan negara, status KDNK negara dan kitaran ekonomi berdasarkan situasi semasa.

Untuk makluman pembaca, kali terakhir gaji minimum di Malaysia dinaikkan adalah pada Januari 2020 iaitu di paras RM1,200 – namun ia hanya tertakluk di 57 buah kawasan bandar utama serta majlis perbandaran sahaja.

Sementara dikawasan lain pula sekadar gaji minimum di paras RM1,100.

Ayuh sama-sama kita nantikan pada awal Januari 2022 kelak – sama ada terdapat kenaikan gaji minimum mahupun tidak untuk warga Malaysia.