Pada 30 Julai lalu – Jollibee Foods Cooperation (JFC) pernah memberi gambaran awal untuk membuka cawangan selanjutnya di Malaysia.
Berdasarkan perancangan, usahasama pengendalian kemasukan cawangan Jollibee di negara akan merangkumi anggaran pelaburan sekitar RM33.7 juta (AS$8 juta).
Di mana Golden Plate dan Beeworks Investment iaitu anak syarikat milik penuh JFC akan membentuk syarikat swasta dan mengendalikan kemasukan cawangan Jollibee di Malaysia.
Kini berdasarkan pengamatan, cawangan kedua jenama makanan segera Filipina itu mula diperlihatkan di Sunway Pyramid tidak lama lagi. Berdasarkan laporan – ia diperkatakan akan dibuka kepada kunjungan awam mulai akhir Disember 2021 kelak.