Tidak lama lagi, rakyat negara akan mula menikmati tawaran produk Jollibee di Malaysia. Ini kerana entiti milik Filipina itu telah melaksanakan usahasama pengendalian kemasukan cawangan Jollibee di negara dengan anggaran pelaburan RM33.7 juta (AS$8 juta).
Jollibee Foods Corporation melalui anak syarikat milik penuhnya – Golden Plate dan Beeworks Investment akan membentuk syarikat swasta dan mengendalikan kemasukan cawangan Jollibee di Malaysia.
Perkongsian maklumat ini telah dinyatakan kepada bursa saham Filipina, semalam.
Berdasarkan aturan usahasama ini akan memperlihatkan pegangan Golden Plate sekitar 30%, sementara Beeworks Investment pula 70%.