Artikel

Grab, Gojek – Kini Mengetuai Penerapan Penggunaan Kenderaan Elektrik

Perancangan syarikat pengangkutan menggunakan kenderaan elektrik (EV) kepada pengguna – akan mewujudkan permintaan rangkaian stesen pengecasan. Tindakan ini secara langsung akan menggalakkan pasaran EV di sesebuah negara.

Perkara itu kini dapat diperlihatkan pada usaha Grab Singapura, Grab Indonesia, Gojek dan Blue Bird Indonesia.

Di mana kini entiti sedemikian mula tampil selaku peneraju pada penggunaan EV di Indonesia, Vietnam dan Singapura.

Pengamatan firma rundingan McKinsey & Company melihat terdapat 2 faktor yang menjadi tumpuan penerapan EV yang dikelola oleh penyedia pengangkutan. Pertama melibatkan kesedaran dan permintaan pengguna pada kenderaan menjadi lebih tinggi dan kedua penurunan jumlah kos pemilikan (TCO).

Melalui kedua faktor ini, ia akan menyokong kelangsungan khidmat Grab, Gojek serta Blue Bird. Lebih menarik – melalui tinjauan mereka terhadap data pemandu dan rakan penghantar akan mempercepatkan pengetahuan, berhubung keperluan lokasi stesen pengecasan pantas atau pertukaran bateri EV.

Untuk makluman, setakat Jun lalu Grab bersama Hyundai Motor Group kini akan melancarkan program rintis EV di Singapura, Vietnam dan Indonesia. Bagi pasaran Indonesia, Grab akan menempatkan 6,000 motorsikal elektrik menjelang akhir 2021 ini.

Sementara Gojek bersama Gogoro iaitu pengeluar EV Taiwan pula akan melaksanakan percubaan 250 motosikal elektrik dan perkhidmatan pertukaran elektrik di 4 stesen minyak di Jakarta.

Malah pada perancangan seterusnya Gojek turut merancang menempatkan 5,000 motosikal elektrik, bermula dengan 500 kenderaan di Jakarta Selatan.

Manakala Blue Bird syarikat teksi Indonesia juga kini menyasarkan pengendalian EV sekitar 2,000 kenderaan menjelang tahun 2025.

Kerancakkan pasaran EV di Indonesia, Singapura dan Vietnam ini dilihat akan memperkasakan permintaan sektor automotif mereka. Ini tidak hanya membantu meningkatkan perolehan tetapi turut mencapai sasaran neutral karbon menjelang 2030 kelak.

Langkah positif ini kelak diharap akan memberi cerminan dan didorong pada khidmat pasaran tempatan pula, iaitu Malaysia.