Tindakan ini susulan krisis COVID-19 yang menyebabkan aktiviti ekonomi negara menguncup dan tekanan inflasi dijangka menjadi sederhana pada tahun 2020 serta tahun ini, 2021.
Namun kini, berikutan pemulihan ekonomi sedang rancak diusahakan – pemerhati industri iaitu Institut Asia Pengurusan, Sains dan Teknologi menjangkakan paras tersebut akan meningkat dalam tempoh 6 bulan mendatang.
Jangkaan kenaikan ini untuk menangani bebanan risiko yang didepani ekonomi negara. Seperti yang kita ketahui, isu pembekalan yang dihadapi dunia ketika ini bakal mendorong kepada kenaikan inflasi.
Maka sekiranya kerajaan negara tidak menaikkan kadar faedah pada masa hadapan, situasi inflasi ini akan meningkat apabila permintaan melebihi penawaran rangkaian.
Lebih parah, apabila Malaysia tidak berupaya mengawal kadar inflasinya – ia akan menjejaskan nilai ringgit kepada susut nilai.
Untuk makluman, minggu lalu BNM telah memaklumkan kecairan pada sistem perbankan telah merosot kepada RM39.2 bilion daripada RM42.6 bilion. Kenyataan ini membawa erti, rakyat kini kurang berbelanja dan lebih gemar menyimpan wang tunai di dalam bank.
Melalui penetapan kadar faedah yang tinggi secara optimisnya ia secara langsung turut memastikan kadar pertukaran asing negara juga kekal stabil.
Sebaiknya jangkaan kenaikkan kadar faedah ini perlu diteliti sebaik mungkin oleh pentadbiran dan BNM bagi menjamin aliran perbelanjaan negara.