Artikel

IMF Beri Amaran Peningkatan Inflasi – Berisiko Perlahankan Status Ekonomi Dunia

Setelah Ketua Pegawai Eksekutif Twitter Jack Dorsey memberi amaran berhubung kenaikan inflasi kepada warga dunia – kini Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) turut memberi peringatan yang sama.

Tidak hanya kenaikan kadar inflasi, bahkan merangkumi peringatan kadar hutang dalam pertumbuhan serta risiko penurunan ekonomi.

Maka IMF kini mengesa negara-negara G20 untuk mengambil tindakan langkah pemulihan ekonomi – dengan menyokong pertumbuhan negara-negara berpendapatan sederhana serta miskin.

Untuk makluman egara-negara G20 yang terlibat adalah Argentina, Australia, Brazil, Kanada, Perancis, Jerman, India, Indonesia, Itali, Jepun, Korea Selatan, Mexio, Rusia, Arab Saudi, Afrika Selatan, Turki, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah.

Selain itu, melihat momentum global yang terus terkesan susulan isu rantaian bekalan – IMF kini telah mengurangkan unjuran pertumbuhan globalnya kepada 5.9% untuk 2021.

Menurut IMF situasi ketika ini memerlukan ketersediaan bank pusat untuk depani risiko kenaikan inflasi. Di mana keutamaan ketika ini adalah pelan dasar, supaya ia tidak lagi membebankan landskap ekonomi global.