Walaupun ketidaktentuan pasaran berlaku sejak tahun lalu – arena bursa aset digital Malaysia terus memaparkan peningkatan, dengan penyertaan lebih 300,000 akaun baharu pada tahun ini, 2021.
Lebih menarik – arena yang mula diperkenalkan sejak 2019 itu kini telah mencatatkan jumlah aset digital yang didagangkan lepasi 1 bilion, bersama nilai lebihi RM16 bilion pada September tahun ini.
Menurut Suruhanjaya Sekuriti (SC) pada sidang maya Fintech SCxSC 2021, peningkatan populariti aset digital dapat dikaitkan dengan golongan muda pada pengurusan pelaburan digital. Apabila peningkatan akaun baharu mula berlaku, sejak Januari tahun ini – di mana hampir 60% daripada penyertaan tersebut adalah pelabur di bawah usia 35 tahun.
Lebih menarik, meskipun hampir 70% pemegang akaun adalah lelaki, penyertaan wanita pada arena ini mula mencatatkan peningkatan sejak Disember 2020.
Selain itu, fokus kepada digital kewangan Islam turut akan diperluaskan bagi memacu pertumbuhan pelaburan syariah dan menarik peserta baharu ke pasaran modal Islam Malaysia. Seterusnya sokongan pembiayaan kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) juga akan turut diutamakan di bawah platform pembiayaan ekuiti (ECF) dan peer-to-peer (P2P).
Ini kerana tahun lalu, KDNK PKS menguncup 7.3%, lebih tajam daripada penurunan KDNK Malaysia. Ia adalah kali pertama dalam tempoh 17 tahun KDNK PKS lebih rendah daripada KDNK Malaysia.
Maka, untuk memastikan keterangkuman arena digitalisasi ini terus dipelihara dan diberi jaminan keselamatan. SC bersama pemain industri akan meningkatkan kesediaan untuk depani ancaman siber.
Langkah ini seiring dengan kempen #TakNakScam, di mana para pembaca boleh ikuti langkah semakan yang dilakukan oleh Facebook menerusi tanda pagar #TakNakScam, di mana pembaca akan memahami dan boleh merujuk kepada pihak berkuasa untuk menyemak latarbelakangan pihak kedua.
Rujukan semakan kesahihan pihak tertentu;
PDRM – layari pautan Semak Akaun Yang Memiliki Aduan
Bank Negara Malaysia (BNM) – ketahui maklumat terkini berhubung penipuang kewangan pada pautan Amaran Scam BNM > klik pada bahagian Tanya Amaran Scam
Suruhanjaya Sekuriti (SC) – layari Senarai Perhatian Pelabur SC, yang memberi makluman berhubung organisasi pelaburan yang tidak dibenarkan