Penerapan digitalisasi sememangnya memberi pelbagai manfaat kepada semua pihak dari aspek kemudahan dan keperluan akses. Namun masih terdapat risiko yang perlu dipertimbangkan setiap individu, khususnya membabitkan transaksi kewangan.
Untuk makluman, sejak 2017 sehingga 20 Jun 2021 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah merekodkan sejumlah 67,552 kes penipuan siber, sebahagiannya meliputi kes penipuan kewangan:
- Kes Pembelian Atas Talian sekitar 23,011 kes ( RM114.5 juta)
- Kes Pinjaman Tidak Wujud sekitar 21,008 kes (RM208 juta)
- Kes Pelaburan sekitar 6,273 kes (RM946 juta)
Daripada jumlah keseluruhan kes, ia membawa kepada kerugian bernilai RM2.23 bilion. Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Datuk Mohd Kamaruddin, aduan kes tertinggi adalah melibatkan penipuan pembelian atas talian dalam tempoh 5 tahun terakhir ini.
Menerusi statistik PDRM jenayah sedemikian berlaku peningkatan 26% bagi tahun 2019 dan 2020. Perkara ini amat membimbangkan sekiranya berterusan berlaku.
Memahami keperluan kesedaran wajar diterapkan, Facebook bersama rakan strategik kini menekankan pendekatan membanteras Scam, melalui tagar #TakNakScam. Di mana terdapat 3 langkah yang wajar diterapkan oleh setiap pengguna dalam memastikan tidak terjerumus pada kancah penipuan kewangan digital.
Langkah pertama, pengguna seharusnya mengenalpasti kategori penipuan kewangan – antaranya adalah penyamaran selaku wakil perbankan atau pihak berkuasa, platform pinjaman yang menjanjikan kelulusan cepat dan meminta wang pendahuluan, kategori sewa akaun bank serta memujuk penglibatan dalam pelaburan yang tinggi tanpa risiko.
Kategori sedemikian seharusnya menjadi titik pemahaman pengguna – bahawa ia adalah penipuan dan tidak benar.
Langkah kedua menyemak kesahihan saluran berkenaan. Semakan tersebut merangkumi akaun bank, saluran pelaburan, status emel, agensi wakil kerajaan serta perbankan. Tindakan semakan identiti ini bertujuan memastikan pengguna berkongsi maklumat pada saluran yang sah.
PDRM – layari pautan Semak Akaun Yang Memiliki Aduan Bank Negara Malaysia (BNM) – ketahui maklumat terkini berhubung penipuang kewangan pada pautan Amaran Scam BNM > klik pada bahagian Tanya Amaran Scam Suruhanjaya Sekuriti (SC) – layari Senarai Perhatian Pelabur SC, yang memberi makluman berhubung organisasi pelaburan yang tidak dibenarkan
Sekiranya tidak, pada langkah ketiga – tindakan laporan harus dilaksanakan, ia tidak hanya membantu pengguna membanteras jenayah tersebut bahkan dapat membantu mengurangkan risiko yang sama terhadap individu lain.
Bursa Malaysia – nyatakan aduan pada emel [email protected] atau talian 03-2732-0067 KPDNHEP – aduan pada portal e-Aduan Pengguna, atau emel pada [email protected] atau hubungi 019-279-4317 FOMCA – aduan pada portal Aduan Pengguna Nasional atau hubungi 03-7803-6000/03-7805-0009
Adanya perkongsian makluman semakan dan laporan pada kempen #TakNakScam ini, ia berupaya membantu para pengguna lebih memahami, pengaturan dalam memastikan segala perhubungan dengan pihak ketiga melibatkan transaksi kewangan, mengikuti langkah yang disarankan. Usaha ini akan membantu semua pihak mengatasi jenayah siber ini.