Artikel

BNM, Bank of Thailand – Umum Perluasan Berterusan Mata Wang Tempatan Ringgit-Baht

Mulai 1 Disember, perluasan kerangka penyelesaian Ringgit-Baht akan mula dilaksanakan. Aturan Bank Negara Malaysia (BNM) dan Bank of Thailand (BOT) adalah untuk merancakkan penggunaan mata wang tempatan pada perdagangan dan pelaburan.

Adanya langkah ini ia akan meluaskan segmen perkhidmatan kewangan dalam denominasi ringgit atau baht bagi individu dan juga perniagaan di kedua-dua negara.

Melalui rangka kerja tersebut, rakyat Thailand yang menetap di Malaysia juga boleh menggunakan perkhidmatan ini. Peluasan ini akan merangsang kegiatan ekonomi antara kedua-dua negara pada masa hadapan.

Tidak hanya itu, langkah ini akan memudahkan lagi transaksi kewangan merentas sempadan termasuk melalui jalinan pembayaran QR rentas sempadan antara kedua-dua negara yang dilancarkan pada pertengahan Jun lalu.

Untuk makluman, Rangka Kerja Penyelesaian Mata Wang Tempatan antara Malaysia dengan Thailand dilancarkan buat kali pertama pada 14 Mac 2016 sebelum diperluas pada 2 Januari 2018, selaras dengan Memorandum Persefahaman antara BNM dengan BOT yang ditandatangani pada 27 Ogos 2015.

Susulan peluasan yang terbaharu ini, BNM dan BOT juga telah melantik beberapa lagi bank perdagangan yang berkelayakan di kedua-dua negara untuk menyertai dan terus menyokong perluasan.

Ianya terdiri daripada;

Malaysia

  • Bank-bank lain yang baru dilantik
    • HSBC Bank Malaysia Berhad
    • Standard Chartered Bank Malaysia Berhad
  • Bank-bank sedia ada yang dilantik
    • Bangkok Bank Berhad
    • CIMB Bank Berhad
    • Malayan Banking Berhad
    • MUFG Bank (Malaysia) Berhad
    • Public Bank Berhad
    • RHB Bank Berhad
    • United Overseas Bank (Malaysia) Berhad

Thailand

  • Bank-bank lain yang dilantik
    • The Hong Kong and Shanghai Banking Corporation Limited, Cawangan Bangkok
    • Standard Chartered Bank (Thai) PCL
  • Bank-bank sedia ada yang dilantik
    • Bangkok Bank PCL
    • Bank of Ayudhya PCL
    • CIMB Thai PCL
    • Kasikornbank PCL
    • Krung Thai Bank PCL
    • Siam Commercial Bank PCL
    • United Overseas Bank (Thai) PCL