Artikel

Penyatuan Celcom-Digi Disasar Capai Penjimatan Modal Operasi – Sehingga RM500 Juta

Awal April lalu, Axiata telah memaklumkan perancangan pembentukan Celcom Digi Berhad – ini secara tidak langsung akan menampil ia selaku penyedia telekomuniasi terbesar di negara.

Setakat ini, pelaksanaan tersebut dijangka dapat diselesaikan pada tempoh suku kedua – tahun 2022.

Berdasarkan pengamatan industri – penyatuan kedua entiti telekomunikasi ini akan mendorong kepada penjimatan perbelanjaan modal dan operasi, sehingga mencecah RM500 juta.

Bagaimanapun, terdapat risiko dari aspek pengukuhan pendapatan kumpulan. Untuk makluman, menerusi gabungan tersebut ia akan membawa rangkuman sekitar lebih 19 juta pelanggan pada entiti.

Berdasarkan kenyataan Bursa Malaysia pada April lalu – syarikat ini akan dikendalikan oleh Dato’ Izzaddin Idris selaku Pengerusi dan Jørgen C. Arentz Rostrup selaku Timbalan Pengerusi. Sementara itu, Idham Nawawi pula dilantik selaku Ketua Pegawai Eksekutif dan Timbalannya Albern Murty.

Sebelum ini Axiata dan Telenor saling bersetuju untuk menamatkan penggabungan mega mereka di Asia setelah melaksanakan rundingan sekitar empat bulan pada tahun 2019. Dijangka penggabungan ini memperlihatkan Telenor memiliki 56.5% dan Axiata memegang 43.5%